Sunday, May 19, 2013

Kisah Kehidupan di Kubur (Perkampungan Kuburan di Pinoy City)

Kita lihat pula rumah-rumah yang dibina atas kubur di Manila oleh penduduk miskin.
 

Perumahan adalah terhad di ibu negara Filipina, Manila, sehingga membuat beribu-ribu penduduk mencari alternatif kepada masalah perumahan mereka dengan membuat rumah di atas tanah perkuburan.
Bandar Metro Manila merupakan sebuah bandar yang sibuk dengan kepadatan penduduk sekitar 12 juta, ini membuat bandar itu berada di tempat ke 11 sebagai metropolitan terbesar di dunia dan juga bandar kelima paling ramai penduduk di dunia. Majoriti penduduk di bandar ini adalah miskin di mana sebanyak 40% daripada penduduk hidup di bawah garis kemiskinan dan tinggal di kawasan setinggan.



Lagi 14 gambar di SINI
North Cemetery Manila, kawasan perkuburan yang tertua dan yang terbesar di Manila dengan kawasan seluas 54 ekar menjadi tempat berlindung bagi mereka - batu dan marmar makam menjadi katil, elektrik dibekalkan dari jalan yang berdekatan, manakala air minuman datang dari salah satu daripada berdozen telaga yang digali di sekitar kawasan perkuburan ini. Di sini terdapat tapak bola keranjang, gerai makanan, tempat berkaraoke, restoran malah terdapat akses internet. Sekitar 80 pengkebumian dilakukan setiap hari dan remaja di sini di bayar 50 peso (0.50$) untuk mengangkat keranda, kanak-kanak mengumpul sampah untuk dijual, yang lain menjaga kubur agar bersih dan tidak dirompak - pencuri tulang dan barang atas kubur. Tidak diketahui bila bermulanya penempatan di sini tetapi menurut mereka yang sampai ke sini pada 1950an, ketika itu sudah terdapat banyak penduduk yang menetap di sini. Pada 2012, terdapat kira-kira 6000 penduduk yang menetap di North Cemetery Manila.

Post a Comment